
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada Dato’ Hamzah dan Kapten Muzaffar Shah yang telah berjaya meluaskan pasaran produk ini ke Jepun serta Dr Fathi dan Haji Habin Faisal yang telah meluaskan pasaran produk ini ke Holland. Kesemua ini, adalah kerana ‘team network’ yang kuat dan hebat hingga membolehkan produk Great BFE ini berada di pasaran global.Bagi perancangan masa kini, menurut Dato’ Elias, KODANA akan meluaskan lagi pasaran dalam dan luar negara kerana waktu ini lebih sesuai dan produk ini lebih diterima oleh masyarakat sekarang berbanding dengan masa dahulu. Mana-mana syarikat, kilang, pihak swasta atau individu yang menggunakan minyak samada petrol atau diesel memang perlu menimbangkan penggunaan Bio-Fuel Enhancer untuk penjimatan kos serta meningkatkan produktiviti syarikat mereka.
Tambah beliau, produk Great BFE memang telah mendapat surat pengiktirafan kualiti seperti EPA, TUV, TNO, SGS dan SIRIM. Dengan kehebatan serta kualiti Great BFE ini, kami telah berjaya menembusi pasaran global seperti di Jepun dan negara-negara Eropah.
Kodana dan Maxisgold telah melahirkan keyakinan yang tinggi ke atas produk BFE musim sejuk ini yang pasti akan mendapat sambutan hangat khususnya dari negara-negara yang beriklim sejuk .
Buat masa ini, pengeluaran berdasarkan kepada permintaan, bekalan sebanyak 10 hingga 100 kontena sebulan tidak menjadi masalah. Dan pada masa kini juga pihaknya juga sudah buat perancangan teliti untuk mensasarkan jualan 500 hingga 1,000 kontena sebulan, Insyaallah.
Walaupun produk ini mendapat sambutan yang baik di luar negara, perancangan tetap dilakukan agar produk ini mendapat sambutan baik di dalam negara agar ianya menjadi satu produk terkini paling hebat untuk KODANA Bhd supaya ganjarannya dapat diagih-agihkan kepada semua pemegang saham KODANA Bhd.
Bagi menjelaskan lagi tentang kehebatan produk Great Bio-Fuel Enhancer ini, GE telah mewawancara Master Andrew Cheong Siong Choe, CEO MaxisGold juga pencipta ‘Winter Formula’ supaya produk ini dapat digunakan di negara-negara Eropah pada musim sejuk.

No comments:
Post a Comment